Sijil Kolej Komuniti

 

Maklumat Am

Maklumat Program


Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dijalankan secara sepenuh masa dan secara semesterTempoh setiap semester adalah antara 4 hingga 5 bulan bergantung kepada kursus.

 
Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan.
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul - modul yang ditawarkan.
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak. 

Kursus yang ditawarkan:

  • Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS)
  • Sijil Pelancongan dan Pengembaraan (SPL)
  • Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP)
  • Sijil Asas Jahitan Kreatif (KJK)

 

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah selama 16 hingga 20 bulan (mencukupi 60 jam kredit).

 

Bantuan Kewangan


Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil Sijil Sepenuh Masa dalam mana - mana bidang yang ditawarkan boleh memohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) dan pelajar mestilah memenuhi syarat - syarat tertentu untuk membuat permohonan. Sila rujuk maklumat berkaitan BKPKK untuk maklumat lanjut.