Sijil Teknologi Senibina

 

OBJEKTIF PROGRAM

Program Sijil Teknologi Senibina merupakan satu program kemahiran yang menumpukan kepada penghasilan lukisan teknikal dalam bidang senibina berdasarkan kehendak Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan. Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran tentang teknik penghasilan lukisan secara manual dan dengan menggunakan perisian komputer seperti Autocad, Autodesk Revit, Google Sketchup dan Adobe Photoshop. Selain itu, pelajar juga diberi diberi pengetahuan dan kemahiran menghasilkan model bangunan.

 


KEISTIMEWAAN PROGRAM

  • Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta.

SYARAT KELAYAKAN

  • WARGANEGARA Malaysia
  • Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) atau setara

PROSPEK KERJAYA

Sijil Teknologi Senibina dijangka dapat melahirkan pelajar-pelajar berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi kehendak industri dalam kerjaya seperti berikut:

  • Pelukis pelan senibina
  • Pelukis pelan kejuruteraan
  • Juruteknik bangunan
  • Pembuat model bangunan
  • Penyelia tapak pembinaan
  • BIM modeller

 


PELAKSANAAN PROGRAM

Pengajian dijalankan secara:-

  • SEPENUH MASA (Isnin hingga Jumaat)
  • TEMPOH: 16 Bulan (4 Semester)
  • 3 Semester (Pengajian) dan 1 Semester (Latihan Industri)


YURAN

  • Yuran Pengajian RM 200.00 satu semester

* Pengambilan seterusnya akan bermula pada Ambilan Julai, November & Mac

 

PERMOHONAN ONLINE