Sijil Fesyen Dan Pakaian

 

OBJEKTIF PROGRAM

Merupakan satu program yang memfokuskan kepada kemahiran penghasilan pakaian seperti teknik pembuatan pola, jahitan dan rekaan pakaian. Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menghasilkan baju kurung tradisional, pakaian kontemporari dan pakaian lelaki. Pelajar juga akan didedahkan dengan penghasilan hiasan – hiasan pada pakaian yang telah dijahit seperti jahitan asas sulaman benang, sulaman manik dan labuci.

 

KEISTIMEWAAN PROGRAM

  • Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Peluang pekerjaan di sektor swasta dan membuka perniagaan sendiri.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • WARGANEGARA Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara
  • Lulus Bahasa Melayu dalam Peperiksaan SPM /SPMV

 

PROSPEK KERJAYA

  • Pembuat Pakaian
  • Pereka Pola Pakaian
  • Pembantu Pereka Pakaian
  • Pembantu Tenaga Pengajar
  • Usahawan / Perniagaan Sendiri

 

PELAKSANAAN PROGRAM

Pengajian dijalankan secara:-

  • SEPENUH MASA (Isnin hingga Jumaat)
  • TEMPOH: 20 Bulan (5 Semester)
  • 4 SEMESTER (Pengajian) DAN 1 SEMESTER (Latihan Industri)

 

YURAN

  • Yuran Pengajian RM 200.00 satu semester

* Pengambilan seterusnya akan bermula pada Ambilan Julai, November & Mac

 

PERMOHONAN ONLINE